KhairatKITA

...merupakan sebuah Sistem Pengurusan Khairat Kematian yang dibangunkan bagi memudahkan pihak pentadbiran institusi, masjid atau surau bagi menguruskan hal ehwal keahlian dan pembayaran ahli qariah secara digital dengan pantas dan mudah.
LAMAN MODUL
001
0

Ahli Khairat

002
0

Kutipan Khairat (RM)

003
0

Kutipan Mingguan (RM)

004
0

Bilangan Kematian

Berita & Pengumuman

“Berita terkini dan pengumuan dari Surau Sultan Asmad”
13/09/2024 3:10:01 PTG

SELAMAT DATANG KE MASJIDKITA

MasjidKITA adalah sebuah platform digital online yang dibangunkan sepenuhnya oleh Custommedia Sdn Bhd, sebuah syarikat kejuruteraan perisian milik 100% bumiputera dan dipersijil ISO 9001:2015.



Laman Berita

18/07/2024 5:17:17 PTG

KEMASKINI TERBARU MASJIDKITA!

Kami akan membuat hebahan terbaru untuk ciri-ciri terbaru yang disediakan di dalam sistem MasjidKITA.



Laman Berita

18/07/2024 5:08:18 PTG

SELAMAT DATANG KE LAMAN CUSTOMMEDIA!

Anda boleh layari laman sesawang kami untuk mengetahui produk dan servis yang kami sediakan untuk anda di www.custommedia.com.my



Laman Berita

Soalan Lazim

Soalan-soalan berkaitan dengan Surau Sultan Asmad
Bagaimana Cara untuk Menjadi Ahli Khairat?

Anda boleh klik pautan pendaftaran ahli dan mengisi maklumat anda dan bayar. Anda boleh membayar melalui transaksi atas talian, tunai adan pemindahan secara Luar Talian (Offline).

Bagaimana Cara untuk Menyemak Tunggakan?

Anda boleh klik pautan semakan ahli khairat dan mengisi nombor kad pengenalan anda untuk menyemak tunggakan.

Apa yang Perlu Saya Lakukan Jika Saya Lupa Kata Laluan Saya?

Anda boleh klik pautan lupa kata laluan dan isikan maklumat tersedia untuk set semula kata laluan. Jika perlukan bantuan sila hubungi pentadbir masjid untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanakah KhairatKITA dapat membantu perancangan kewangan Badan Khairat?

Aplikasi KhairatKITA akan memudahkan perancangan kewangan badan khairat dengan menjana data dalam masa sebenar (live) bagi lebihan tabungan, defisit tabungan, dan unjuran kos jenazah. Unjuran kos jenazah dijana dengan mengira jumlah kos bagi bilangan ahli badan khairat yang tergolong dalam kelompok warga emas dan lanjut usia. Dengan adanya maklumat ini, pentadbir badan khairat dapat mengurus kewangan badan khairat secara lebih cekap dan terancang.

Bagaimanakan bayaran yuran khairat dikira?

Bayaran yuran dikira bagi tempoh satu tahun pada kadar yang ditetapkan oleh oleh pentadbir badan khairat anda. Keahlian anda akan bermula pada tarikh pembayaran pertama dibuat dan perlu diperbaharui pada atau sebelum tarikh yang sama setiap tahun. Contohnya, jika anda mendaftar dan membayar yuran khairat tahun in pada 20 Mac 2023, anda perlu membayar yuran tahunan pada atau sebelum 20 Mac pada tahun-tahun berikutnya.

Apa yang berlaku apabila seorang ahli Khairat yang telah mendaftar dengan tanggungan meninggal dunia?

Apabila seorang ahli Khairat meninggal dunia, pentadbir sistem KhairatKITA akan memilih seseorang daripada tanggungan yang telah didaftarkan oleh ahli tersebut untuk menjadi waris yang akan mengambil alih akaun tersebut.

Bolehkah waris menggunakan e-mel yang sama dengan ahli yang telah meninggal dunia untuk mengakses akaun?

Tidak, waris tidak boleh menggunakan e-mel yang sama. Sebagai langkah keselamatan dan untuk menjaga privasi data, waris perlu menggunakan e-mel yang berbeza untuk mengakses akaun. Jika e-mel waris tiada dalam rekod sistem, pentadbir akan menghubungi waris melalui maklumat kontak yang telah didaftarkan oleh ahli sebelumnya. Setelah e-mel baru diberikan, waris akan menerima maklumat login melalui e-mel tersebut untuk mengakses sistem KhairatKITA.

Hubungi Kami

admin@masjidbesi.com.my
Persiaran Mahkota 2,
Bandar Bukit Mahkota,
43000 Kajang, Selangor